Want your
own Fotopage?




















 
fliffy di sini

By: auntie fliffy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-May-2009 09:56 Email | Share | | Bookmark
hi !

buku skrap digital semudah 123 : Bahagian 1

1. macam mana nak mula buat buku skrap digital ?
mesti boleh menggunakan kemahiran asas mengubah foto di dalam perisian
seperti paint pro / photoshop / element dll

pengalaman sendiri : belajar online dengan buat banyak carian menggunakan goggle / yahoo
mula dengan 'basic tutorial using photoshop' / 'photo editing using.....
berkesempatan mengikuti kursus anjuran kelab / tempat kerja

2. dekorasi foto dengan kit skrap digital percuma / 'freebies'
mesti boleh muat turun / download kit percuma (http://www.scribd.com/doc/2402511/Tutorial3-How-to-Download-Scrap-Freebies) yang boleh di dapati di banyak laman web / blog (http://www.ikeagoddess.blogspot.com/) yang menawarkannya sebagai permulaan untuk mahir skil menghias gambar peribadi anda.

pengalaman sendiri : mencuba hampir setahun untuk belajar menggunakan berbagai jenis tema / theme kit yang didapati percuma. hasilnya di sini(http://flickr.com/photos/fliffy/sets/72157602204321104/). Hasilnya amat biasa tetapi memuaskan hati dan berkobar-kobar untuk mencuba teknik yang lebih baik. Kit percuma juga kurang cantik dan menarik, oleh itu kena bersabar untuk terus maju !

selamat mencuba

akan bersambung ke bahagian 2










follow me at my blog at http://www.funwithfliffy.blogspot.com

cantik2 ur scrap .... suka saya tgk Sat 23-May-2009 02:00
Posted by:mama hiro azida77@yahoo.com  - [Link]
nice entry...x jemu mata memandang.. Mon 8-Jun-2009 01:18
Posted by:nuanza  - [Link]
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Tue 16-Jun-2009 01:25
Posted by:unnamed
Add comment


Friday, 13-Feb-2009 15:48 Email | Share | | Bookmark
lagi...layouts :) happy days ~!

salam semua,
melihatkan abandon nye fp fliffy ni
fliffy letak ler beberapa layouts ,, hehehe

















semoga kalian semua sentiasa tenang dan bersyukur
atas pinjaman Nya... Maha Pemurah...

credit info at my blog : http://www.funwithfliffy.blogspot.com/




nice layout..... Mon 27-Apr-2009 13:52
Posted by:eddie  - [Link]
Nice layout........ Tue 5-May-2009 08:08
Posted by:T. Hassler  - [Link]
salam fliffy..
dah besar anak bujang & anak dara fliffy.. madiha dah selamat melahirkan baby ke3.. dpt anak dara gakk.. pembantu dapur
Fri 8-May-2009 05:35
Posted by:MaDiHa  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Thursday, 1-Jan-2009 08:32 Email | Share | | Bookmark
it's my birthday month, yay!

Just guess how many pages i done last year
and someone will win something special for me
-ill do you digital layout
-ill print it for you
-ill frame it
-ill send via mail for you (even overseas)
- the 1st guess that is correct will win !!

contest end this month ! (it's my birthday month, yay!)
tinggalkan tekaan anda kat blog ye,,, >>> http://funwithfliffy.blogspot.com/2009/01/my-final-layout-for-2008-o.html



frame and alphas from
Color Me Happy by Matahati Design and Jana M Design

p/s that is my real hand writing




my hubby and me make ours http://www.yourfonts.com/

****
this is for irabakery she introduced to me http://photofunia.com/ !
these are so much fun, ira !!






salam Fliff....
fliff ni memang kreatif. LO dia semua menawan, sharp!!!!
Thu 29-Jan-2009 14:46
Posted by:dOd ohdilla@yahoo.com  - [Link]
salam perkenalan...comel2 pic dlm fp nie...rasa teruja la nk edit mcm tue jga.. Thu 12-Feb-2009 02:12
Posted by:billis ladies_neptune@yahoo.com.sg  - [Link]
::: best laaa photofunia tuh thanx fliffy!!! Wed 11-Mar-2009 09:05
Posted by:::: ReActivate :::
View all 16 comments Add comment


Sunday, 28-Dec-2008 13:03 Email | Share | | Bookmark
Jom ! buat scrap layout online !!!!

Salam semua

fliffy ade berita best nak share ni
kepada kawan2 y nak try digital scrapbooking online
sila ke web ini : http://www.cropmom.com/Digital_Scrapbooking.aspx

dorang sedia semua papers..elements....frames...flowers....alphas....
just kena upload photo yang hendak dibuat layout
best giler ! tak yah perah otak lagi
fliffy dah try...siap ade template yang siap...cuma masukkan gambar...







hah...mcm pro kan... tp ade tulis cropmum kat tepi tuh...tp ok lah kan...comel !!!
ade byk lagi kits kat sane...try ok

you all kena daftar for free utk simpan layout dlm gallery dan boleh upload ke dlm
fotopages atau blog....!!!!

fliffy tau ramai yang susah nak download freebies sbb internet slow
and tak mahir dgn PS...so try eh

nanti kalau dah berjaya jgn lupe tinggal komen kat entry ni...
fliffy nak tgk jugak hehehe

^o^ have fun ! hugs..fliffy

http://www.funwithfliffy.blogspot.com

Quote:
Salam and Hi
Salam Maal Hijrah 1430 and Happy New Year 2009
"to all my friends"
from fliffy and company

HIJRAH MEMBENTUK KELUARGA CEMERLANG

Oleh : Norazifi Mohamad @ Mohamed

Panel Penulis JAKIM

Episod penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan kaum muslimin dari Mekah ke Madinah mempunyai hikmah yang bukan sahaja membuka jalan kepada perkembangan Islam dan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi juga memberikan nafas baru dalam hubungan sesama manusia. Masyarakat Arab Jahiliyah ketika itu sangat kuat dengan semangat assabiyahnya sehingga sering berlaku pertumpahan darah sesama kabilahnya. Hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ke Madinah yang membawa bersama akidah Islam yang suci telah membentuk cara hidup berlandaskan Islam.

Hijrah telah menukarkan prinsip taksub dan amalan jahiliyah kepada ketaatan yang total kepada Islam. Hijrah Rasululullah s.a.w ini membawa dakwah Islamiah kepada tahap kedua iaitu perlaksanaan ajaran Islam sepenuhnya terutama jihad di mana sebelum itu selama tiga belas tahun di Mekah, seruan Islam lebih menekankan aspek tauhid dan keimanan kepada Allah. Tertegaknya Daulah Islamiah di Madinah iaitu hasil dan berkat peristiwa hijrah ini maka bermulalah ayat-ayat al-Quran yang diturunkan selepas itu mengajar umat Islam tentang kewajipan dan tanggungjawab terhadap sesama manusia yang merangkumi sistem pentadbiran, ekonomi, politik dan kemasyarakatan termasuklah sistem kekeluargaan dalam Islam. Berdasarkan dua peringkat dakwah Islamiah ini, dapatlah diambil satu pengajaran iaitu dalam membentuk keluarga Islam yang cemerlang, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah memperkuatkan akidah dan keimanan terutama kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.

Rumahtangga merupakan alam baru yang perlu ditempuh tanpa ada tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 80 yang bermaksud,

'Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)'

Islam telah menggariskan satu panduan hidup yang lengkap dan rapi pada segala perkara yang berkaitan dengan penghidupan manusia. Keamanan dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, bahagia dan cemerlang. Tugas setiap ahli keluarga hendaklah dilaksanakan dengan sempurna mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga tahu melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.

Keluarga Islam wajib menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup. Syariah, akidah dan akhlak Islam perlu menjadi dasar hubungan kekeluargaan ini. Menjadi tugas dan tanggungjawab suami isteri untuk mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rum ayat 21 yang bermaksud;

'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'.

Terdapat beberapa ciri yang perlu ada untuk membentuk sebuah keluarga cemerlang antaranya bertakwa, bekerjasama, saling memahami, sayang menyayangi dan bertanggungjawab. Konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t harus dititikberatkan dalam setiap ahli keluarga iaitu taat segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah s.w.t. Sembahyang lima waktu contohnya, tidak seharusnya diabaikan oleh setiap ahli keluarga. Anak-anak yang masih kecil seharusnya dididik mengerjakan sembahyang supaya apabila dewasa nanti mereka memahami bahawa sembahyang itu adalah wajib bagi setiap umat Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,

'Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun sekiranya mereka enggan; dan pisahkan tempat tidur mereka.'

(Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)

Bagi membentuk keluarga cemerlang juga, kita perlu berhijrah dengan menjadikan rumah sebagai ‘syurga’ iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Ini dapat dicapai dengan mengerjakan sembahyang berjemaah sekeluarga dan menerapkan amalan membaca al-Quran atau bertadarus bersama-sama. Pembacaan buku agama di rumah beramai-ramai juga merupakan amalan yang sihat bagi rumahtangga cemerlang kerana secara tidak langsung dapat menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan ahli keluarga.

Amalan-amalan tersebut selain mempunyai faedah yang besar, ia dapat mendidik anak-anak menghayati budaya keluarga Islam yang cemerlang. Ia juga dapat menghindari ahli-ahli keluarga terjerumus ke dalam maksiat dan kemungkaran seperti keruntuhan akhlak atau haruan makan anak.

Oleh itu, setiap lelaki muslim sebelum melangkahkan kaki ke alam perkahwinan dan menjadi ketua keluarga, adalah menjadi satu kewajipan melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu terutamanya ilmu-ilmu agama sebagai persiapan membina keluarga cemerlang. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;

'Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah belanjakan sebahagian dari harta benda mereka.'

Sebagai ketua keluarga, suamilah yang mencorakkan kehidupan sesebuah keluarga. Jika keluarga dicorakkan dengan acuan kehidupan ala barat, maka begitulah jadinya. Tetapi jika suami mempunyai kesedaran roh Islam, sudah pasti akan terdidiklah ahli keluarga mereka dengan syariat Islam yang sebenar. Anak-anak yang tabiinya berkeadaan suci bersih maka ditangan ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan anak mereka. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

'Tiap-tiap anak dilahirkan berkeadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi'

(Riwayat Bukhari)

Ketenangan dalam rumahtangga tidak akan wujud tanpa berusaha ke arahnya. Seorang suami yang mempunyai kuasa mutlak dalam keluarga seharusnya lebih bertolak ansur dan memahami keadaan isterinya dalam menempuh arus kehidupan dalam zaman yang serba moden ini. Tekanan kerja dan kos kehidupan yang semakin mencabar bukanlah alasan untuk mengabaikan tanggungjawab dan layanan kepada pasangan. Perubahan seperti inilah yang memenuhi maksud hijrah dalam konteks suami masa kini. Oleh itu, si suami harus lebih memahami isterinya, bertolak ansur, sentiasa kasih mengasihi, memperbanyakkan sabar, tabah di dalam menghadapi gelora rumahtangga dan menjadikan sikap suka bermaaf-maafan sebagai satu amalan. Dengan itu, segala masalah yang timbul dapat diatasi dengan aman dan keharmonian rumahtangga terus terpelihara.

Isteri adalah berkongsi peranan dalam membantu suami mencapai matlamat rumahtangga yang dibina. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasai bermaksud,

'Sebaik-baik isteri ialah menggembirakan suami apabila dilihat, apabila suami memerintah dia patuh dan apabila suami tidak ada di sisinya dia menjaga kehormatan dirinya dan harta kepunyaan suaminya'.

Islam telah memberi garis panduan yang jelas berkenaan ketaatan seorang isteri kepada suaminya iaitu bukan pada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Isteri sememangnya memiliki kelebihan dan potensi yang tiada pada suami. Kelembutan, penyayang dan penyabar merupakan ciri terpenting dalam mendidik anak-anak dan pasangan hidup yang sempurna. Oleh itu, isteri mesti memainkan peranan membina keluarga cemerlang dengan tidak meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada suami. Maka sewajarnyalah si isteri berubah dan berhijrah menjadi isteri yang solehah, berperanan secara aktif dan optimis serta bersama-sama berganding bahu membina keluarga Islam yang sebenarnya.

Jika suasana rumahtangga mulai hambar, suami isteri perlu mengimbas kembali keindahan rumahtangga yang pernah mereka kecapi di awal-awal perkahwinan. Jika suami isteri mula merasai ada unsur-unsur kebosanan dalam keluarga, masing-masing perlu segera memainkan peranan untuk membaikinya. Ini kerana keluarga cemerlang adalah berasaskan kebahagiaan hubungan suami isteri itu sendiri.

Bagi mengelakkan sebarang masalah atau perselisihan, suami isteri perlu bekerjasama dan saling berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan urusan rumahtangga, pendidikan anak-anak mahupun kewangan.

Oleh itu, sewajarnyalah kita berhijrah meninggalkan sikap yang lama iaitu mementingkan kerehatan diri sendiri setelah pulang bekerja sama ada suami atau isteri dan mengabaikan tugas dan peranan sebagai ahli keluarga. Mereka seharusnya bekerjasama dan bersabar dalam membina kerukunan rumahtangga. Suami isteri harus bijak dan berlatih membahagikan masa serta saling bertoleransi antara satu sama lain kerana hasil yang baik tidak mungkin dapat dikecapi tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan berpenat lelah terlebih dahulu.

Suami seharusnya menyedari tentang beban pasangannya. Dia seelok-eloknya bersikap berkasihan belas kerana banyak perkara yang perlu si isteri lakukan dalam masa yang singkat seperti menjaga kebajikan suami dan anak-anak, pendidikan anak-anak, urusan rumahtangga dan keperluan dirinya sendiri. Dalam masa yang sama si isteri tidak seharusnya mementingkan diri sendiri tetapi turut menghalusi beban yang ditanggung oleh suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Jelas di sini bahawa seisi keluarga harus saling memahami masalah dan beban tugas masing-masing dalam pekerjaan, rumahtangga dan pendidikan anak-anak. Di samping itu, bebanan yang wujud ini menimbulkan pelbagai emosi yang positif dan negatif. Bagi mengekalkan keharmonian dalam keluarga, masing-masing perlu berperanan menjaga emosi pasangannya.

Firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud;

'Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksaan api neraka'

Berdasarkan ayat ini, ternyatalah suami isteri bertanggungjawab untuk berusaha mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan asas keimanan iaitu rukun-rukun dan prinsip-prinsip agama yang luhur. Bagi mengimbangi didikan yang diterima oleh anak-anak, ibu bapa juga perlu meluaskan dalam memberi pendidikan seperti pendidikan akademik, jasmani, akal, kejiwaan dan kemasyarakatan. Ini supaya anak-anak dapat membesar dalam keadaan seimbang sebagai seorang anak yang soleh.

Ibu bapa perlu bersama-sama melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak. Sikap meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dan para pendidik dalam urusan pembelajaran anak-anak perlulah diubah. Hijrah sikap yang sebegini amat penting kerana anak-anak juga terbentuk dan terdidik oleh pengaruh persekitaran. Oleh itu, mentaliti ibu bapa perlu diubah atau di’hijrah’kan dengan mewujudkan persekitaran yang baik yang terdiri daripada ibu bapa sendiri, guru, sekolah, masyarakat dan media yang menjurus ke arah pembentukan insan yang soleh, berguna dan cemerlang.

Keluarga cemerlang memerlukan anak-anak yang terdidik dengan sifat kasih sayang, penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab. Anak merupakan amanah Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Kelahirannya seumpama kain putih bersih daripada noda dan kekotoran duniawi. Justeru, yang mencorakkan warna-warnanya adalah ibu bapa sendiri. Anak memainkan peranan yang penting untuk menjadikan suasana yang harmoni dalam keluarga. Ibu bapa perlulah memberi didikan yang sempurna kepada anak-anaknya sama ada ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Dengan didikan yang sempurna ini, anak-anak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk, seterusnya mentaati ibu bapanya yang melahirkannya ke dunia. Taat kepada ibu bapa ini bukanlah taat kepada perkara yang mungkar seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain, tetapi ketaatan seorang anak itu adalah atas perkara yang makruf dan yang diredhai Allah s.w.t. Perlulah diingat bahawa seorang anak tidak boleh berlaku kasar atau menzalimi kedua-dua ibu bapanya sekalipun sekadar menyebut perkataan ‘ah’ kerana ia sudah dianggap menderhaka dan berdosa besar.

Menuntut ilmu juga adalah peranan yang perlu dilakukan oleh setiap anak dari keluarga yang cemerlang. Ilmu yang perlu dituntut bukan hanya ilmu keduniaan seperti sains dan matematik, bahkan juga ilmu akhirat seperti akidah, ilmu feqah dan tasawwuf. Anak-anak yang memperolehi kedua-dua ilmu itu sudah tentu dapat menseimbangkan antara ibadat khusus dan pekerjaan supaya antara kedua-duanya tidak diabaikan.

Anak-anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu bapa sama ada yang masih hidup atau sudah mati. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa apabila matinya anak Adam maka terputus amal ibadatnya kecuali tiga perkara, pertama : ilmu yang bermanfaat, kedua : sedekah jariah dan ketiga : doa anak-anak yang soleh. Jelaslah bahawa peranan anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapanya amat penting bagi menjamin ibu bapanya sentiasa hidup bahagia, sejahtera dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

Satu lagi peranan bagi seorang anak untuk mewujudkan keluarga cemerlang ialah menjaga nama baik keluarga. Anak yang soleh pastinya anak yang sentiasa berkelakuan baik walau di mana sahaja dia berada. Apa yang dilakukan adalah berlandaskan ajaran Islam yang suci walau dalam apa bidang yang diceburi. Anak-anak yang soleh tidak mudah terjebak ke lembah kehinaan seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan sebagainya yang boleh memberi aib kepada ibu bapa dan keluarganya apatah lagi mengganggu gugat keharmonian negara.

Keluarga yang cemerlang bukan hanya diperolehi hasil dari hubungan antara anggota keluarga sahaja malahan hubungan dengan jiran sekeliling. Perhubungan kejiranan yang intim dapat diwujudkan bermula dengan berbual-bual mesra antara satu sama lain. Keluarga yang cemerlang bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni di dalam keluarga bahkan keharmonian tersebut dapat dikongsi bersama sesama jiran. Sikap dan amalan yang negatif seperti mengumpat, hasad dengki, menyakiti jiran, menabur fitnah, mementingkan diri sendiri, anti sosial dan sebagainya, tidak ada dalam kamus keluarga cemerlang. Setiap anggota keluarga bermula dari ibu bapa sehingga anak-anak adalah sama-sama bertanggungjawab mewujudkan suasana harmoni sesama jiran. Oleh itu, keluarga yang cemerlang ialah anggota keluarga yang berhijrah meninggalkan elemen-elemen yang merosakkan hubungan dan semangat kejiranan.

Secara umumnya dapatlah ditegaskan di sini bahawa institusi keluarga merupakan unit masyarakat yang paling kecil yang menjadi titik tolak ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang lebih besar dan seterusnya membentuk sebuah negara. Mendirikan rumahtangga atau membentuk sebuah keluarga cemerlang merupakan satu tuntutan Islam dan sempurnanya separuh agama.

Program Rumahku Syurgaku diadakan untuk mengajak dan memandu masyarakat bagaimana untuk mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, aman damai dan cemerlang. Tidak dapat dinafikan wujudnya percanggahan pendapat dan perselisihan kecil. Namun, berbekalkan iman dan takwa yang mantap, pasti fenomena berkeluarga sedemikian dapat diatasi dan dikawal dengan baik. Perselisihan pendapat adalah fasa penyesuaian satu-satu pasangan dan ia adalah proses kematangan mencapai kecemerlangan hidup berumahtangga.

Oleh itu, berhijrahlah diri dari sikap yang buruk dan pengaruh jahiliyah kepada acuan Islam yang pastinya memandu kita mewujudkan keluarga Islam yang harmoni lagi cemerlang dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk hidup kita. Kikislah minda yang tidak bersesuaian dengan agama agar hidup kita akan diredhai oleh Allah dan mendapat keampunan-Nya.

Tarikh : 26 July 2000
[Ruzita Binti Mokhtar]
Editor : PRO JAKIM [Zakaria Bin Othman]
Hits : 14026

Cium anak pun boleh dapat pahala
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis
takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah
dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan
tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa
memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang
dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut
diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia
memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat
berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”

Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

baru masuk sini...cantik FP Fliffy nie..... Fri 27-Mar-2009 02:52
Posted by:yatie
Sun 3-May-2009 12:52
Posted by:alias
nice pic... leh kongsi2 idea...sy br signup fp nie...nnt singgah lah fp sy yer... Wed 24-Jun-2009 11:31
Posted by:carl diana de_yana81@yahoo.com  - [Link]
View all 47 comments Add comment


Sunday, 30-Nov-2008 14:44 Email | Share | | Bookmark
salam ...

terima kasih kerana viewing...
semoga kite semua ceria !!
my recent works...takde buat ape2 kami duk umah aje
hehe cuddling during rainy season...
kuantan ni still ok
hrp semua di mana2 y banjir dilindungiNya...








beautifully scrapped as always love the artwork fliffy

http://beautkids.fotopages.com
http://www.beautkids.com
Fri 19-Dec-2008 02:42
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
nice and so creative....... Tue 23-Dec-2008 07:53
Posted by:cek de sam  - [Link]
best tgk..nanti blh la ajar kita ek...salam perkenalan ye...nanti ada masa link la dkt kita punya pf yer.... Fri 26-Dec-2008 03:27
Posted by:ida  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 1-Nov-2008 05:40 Email | Share | | Bookmark
salam lepas raya

mood raya dah abih ni
cuma mood nak rehat2 hujung minggu
terima kasih sbb sudi datang menjenguk fliffy
niler los terbaru....
enjoy ~~
more of layouts plz click http://funwithfliffy.blogspot.com











selamat menjamu mata....hehe

KRETIF ERK BUAT EDITING.. Tue 25-Nov-2008 09:18
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
>> nampak masih kreatif mcm selalu...
Thu 27-Nov-2008 17:40
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam..boleh baca entry fliffy tak kat sini http://fliffy.fotopages.com/?entry=1766385 mesti korang teruja ! for sure... have fun Sun 28-Dec-2008 13:32
Posted by:fliffy
View all 12 comments Add comment


Saturday, 27-Sep-2008 06:16 Email | Share | | Bookmark



Salam and Hi

My family and me want to wish all muslims all around the world
Happy Eid Mubarak
this coming Wednesday
May God Always be with us
Enjoy the festive moments and be happy !
we will be away for Raya for the whole week you ya around

~~~

Kami sekeluarga ingin menyusun jari sepuluh memohon Maaf Zahir dan Batin
kepada semua rakan-rakan dan sanak saudara di mana berada
semoga lebaran tahun ini sentiasa meriah dan disambut dengan gembira
hanya pada Allah tempat kami memohon keampunan
kami pulang beraya selama seminggu..jumpe lagi nanti !

ikhlas daripada,
shaifful+farha+adam harris+damia safiyya

Selamat Hari Raya

selamat hari raya..
bz dgn rumah terbuka lagi ker hihi
Tue 21-Oct-2008 16:05
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
HYE FLIFFY

LAME TAK MASOK SINI

HEHEHE
Thu 23-Oct-2008 13:41
Posted by:FazaRina(riNna) shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
cutenya scrapping kat sini..salam perkenalan dr Japan Fri 31-Oct-2008 05:23
Posted by:liya  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Friday, 26-Sep-2008 02:06 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Babah !!



Salam sayang dari adam harris, damia safiyya dan mama buat Babah

Semoga sentiasa dilindungi oleh Allah

Diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan

Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan

~amin~

salam...
selamat hari jadi pada husband fliffy...
semuga panjang umur, murah rezeki... amin.
Fri 26-Sep-2008 13:51
Posted by:farahnri farahnri@yahoo.com  - [Link]
hepi besday!
selamat hari ry
maaf zahir batin

sila amik kad ry dr sakura
Fri 26-Sep-2008 14:15
Posted by:hijanahhafiizhsakura  - [Link]
::: askm fliffy salam lebaran ke-14 [huhu] masih berkunjung ke open house?
::: happy belated birthday kpd husband fliffy.. wahh dlm bulan puasa ker beday?
::: time berbuka mesti meriah yee mcm kenduri kalo nak nak sambut.. makanan
::: melambak leh dpt ketika itu.. mudeeenyer babah adam & damia yee [hehehe]
::: terima kasih gak kpd fliffy atas kunjungan ke FP saya mcm biskut raya kejap
::: ada kejap takdak [huhu] mmg dah start bz la nih.. tapi sejak bukak balik kedaii
::: slps tutup separuh dulu [lepas raya 2007] byk gak entry saya upload.. fliffy leh
::: check kalo windu dgn entry saya [hehe].. thanx fliffy, salam aidilfitri!
~
Tue 14-Oct-2008 15:30
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 18-Sep-2008 16:28 Email | Share | | Bookmark
rindu LOs ............

Salam n hi !!









inilah kerja terbaru saya..tu yang tak sempat nak update fotopages...
hehe enjoy the views credits info kat blog saya : http://funwithfliffy.blogspot.com
kat fp ramai kawan2 dah pandai scrap..so keep up guys !! have fun decorating photos !!


sape yang tak puasa tuh...................


elehhh...kite tak posa tak apa tau..........awak tu kena posa.......


subhanAllah..indahnya alam ini.............


selamat menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan !!

dari mia, adam, babah, mama yang tembam...hehe
terima kasih di atas doa2 dan kunjungan kawan2

Fliffy..
cantek, menarek, tertarik n mmg da boom la lo's yg fliffy wat tu..
neway, salam lebaran utk awk sekeluarga..
maaf zahir & batin.
thn ni turn balik raye mane?
semoga selamat tiba ke destinasi ye..
daaa....
Tue 23-Sep-2008 07:07
Posted by:Laily @ Ummi Alya Husna  - [Link]
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin buat Fliffy dan keluarga...
Semoga lebaran tahun ini akan lebih bermakna buat Fliffy...
Sab minta maaf sebab lama tak jenguk FP Fliffy dan tinggalkan komen.. Sab sibuk sikit la.. tak sempat nak jenguk FP kengkawan..
Thu 25-Sep-2008 00:30
Posted by:Sabrina  - [Link]
u org kuantan ker? mcm kat teluk cempedak jr foto anak tuh.
sy pun org kuantan gak.
slamat bkenalan!
sy mgajar kat sk rtp bukit goh. u??
hubby aifrorce kat tudm bt 8
Mon 29-Dec-2008 03:42
Posted by:Cikgu_anna annafarha_15@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 3-Sep-2008 06:43 Email | Share | | Bookmark
Al Fatihah

Salam semua
3 ramadhan semalam
fliffy kehilangan seorang bapa saudara
adik abah..

al Fatihah semoga Rohnya ditempatkan di tempat orang2 yang soleh..

kami sempat menziarah jenazah di rumah mak semlm
perjalanan pulang ke klinik
damia demam..

terima kasih kerana doa2 rakan2
semoga sihat sejahtera

selamat menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan..

sayang,
fliffy

salam kak fliffy...lama tak singgah sini
takziah utk keluarga arwah..Al-Fatihah
Fri 12-Sep-2008 07:50
Posted by:zira  - [Link]
Salam takziah....
semoga rohnya dicucuri rahmat..amin....
Tue 16-Sep-2008 04:52
Posted by:iza~mamahaikal melati072003@yahoo.com  - [Link]
Salam takziah untuk family semuga tabah menghadapi dugaan hidup. AL-Fatihah semuga rophnya ditempat orang-orang yang beriman. Thu 18-Sep-2008 13:18
Posted by:Misliha miss_creativecakes@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.