fliffy di sini

By: miss fliffy angel

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Oct-2006 10:04 Email | Share | Bookmark
16 ramadhan tak masak tapi : kawan fotopages baru > aliza

 
Quote:
ari ni fliffy memasak "tunjuk-tunjuk" je..ari ni anak buah fliffy turn dorang pulak bukak gerai.. dah tgk tuh byk plak y dibeli..hehehe x masak la fliffy jawabnye...ni bukan berjangkit virus mamafami..hehe sorry mama, rezeki 17 ramadhan ni, alhamdulillah...adam dah ok mlm ni...tgk tv dia, crite abg rafiq 7.30 mlm tv3..okla sebagai hadiah...ni fliffy kasi resipi kak aliza y comel utk semua try,,,nanti amik gambar ekkk...tata


Quote:
tomyam aliza
salam.. terima kasih menjenguk fp saya... tom yam? tak susah la... kalau takde pes tom yam dan fish sauce yg jual kat supermarket tu, rebuskan air rebusan ayam dgn cili padi yg diketuk, 2 hiris nipis lengkuas dan serai diketuk. dah mendidih, masukkan hirisan bawang besar dan beberapa helai daun limau purut, dgn isi ayam/daging. bila dah masak, masukkan bahan2 seafood dgn sayur2an pulak sbb yg ni cepat masak. masukkan gula dan 1/2 cawan air perahan limau nipis less kalau tak suka masam sangat.

p.s. semua kuantiti bahan2 di atas tu agak2 la ye... saya masak ikut bilangan org yg dtg makan jadi selalu kena rasa dulu garam gula dan masamya...

asam rebus aliza
1 ikat keladi, dibuang kulit dan direbus sampai layu
1 biji timun tua, dibersihkan dan potong serong
1 ekor ikan bawal putih, potong ikut suka (optional)

6 biji cili merah
4 biji cili padi
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah kecil
1 inci kunyit hidup
(keempat2 ni blend)

3 keping asam gelugor
2 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan

Dalam periuk, masukkan air bersama bahan yg dikisar halus dan asam, kesum & kantan. Didihkan beberapa minit supaya cili masak.

Masukkan ikan dan keladi dan didihkan sehingga ikan masak. Kalau suka, boleh tambah sedikit gula.

copyright aliza di : http://zazook.fotopages.com


fliffy masukkan resipi kat sini taknak resipi ni hilang,,insyaAllah fliffy nak try buat nanti2...thanks kak aliza y comel !


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net